Koleksi Resepi Mudah dan Cepat (Pantas dan Lazat)

 Adakah anda mencari resepi yang mudah dan cepat tetapi sedap? Ramai orang mencari-cari resepi yang cepat dan pantas kerana selain penyediaan dan bahan-bahannya senang, ia juga tidak memakan masa.

 Koleksi resepi di bawah ini ialah resepi kumpulan makanan yang telah mendapat perkongsian ramai. Tentunya sedap, viral dan amat mudah! Tanpa perlu keahlian memasak pun, konfirm resepi ini mesti selalu menjadi.

Resepi mudah kuih, bihun, ayam, kek, pastry dan lainnya ini akan menyamankan tekak anda. Sila kongsikan resepi mudah dan menarik kepada rakan-rakan anda. Selamat menjamu selera.

Resepi Kuih Gabin Goreng

gabin goreng

Imej via Facebook

JIka di Indonesia kuih ini dipanggil kue gabin goreng dan intinya pula menggunakan tapai. Resepi yang tak kalah sedap juga dikongsikan oleh ‎Fitria Ria‎ di laman Facebook iaitu resepi kuih gabin goreng tanpa tapai. Anda patut cuba buat resepi ini boleh dijadikan hidangan petang-petang mahupun niaga.

Bahan-bahan :

  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan susu pekat
  • ½ buku butter
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan dan kacau-kacau atas api sederhana sampai pekat.
  2. Letakkan inti di atas roti gabin kemudian lapiskan lagi roti di atasnya.
  3. Celup tepi gabin dalam putih telur. Tepi saja biskut tak payah celup.
  4. Goreng dengan api perlahan sekejap sahaja.
  5. Siap.

Resepi Bingka Durian

bingka durian

Imej via Facebook

Siapa kata durian tak sedap? Mungkin belum rasa lagi bingka durian ini. Kalau biasanya ada bingka ubi dan lain-lain. Sekarang pula kami menyuguhi anda dengan bingka durian. Resepi perkongsian ramai daripada ‎Bunga Dahlia di laman Facebook. Sangat senang, mudah, cepat dan sedap. Penyuka durian patut cuba resepi ini.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan setengah tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • Secubit garam
  • Bijan
  • Pewarna kuning
  • Cara-cara :

    1. Campur semua bahan dan blend sampai sebati.
    2. Masukkan adunan dalam loyang dan tabur bijan.
    3. Bakar suhu 180’C menggunakan api atas bawah selama 1 jam.
    4. Siap.






Comments

Popular posts from this blog

Kek Coklat Karamel

RESEPI ROTI STEAM HOTDOG CHEESE

RESEPI CORNDOG CHEESE TARIK